Nasi Goreng Nenas

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUT saja nasi goreng, sesiapa saja pun pasti menggemarinya. Malah ia merupakan alternatif menu sarapan pagi.

Bagi yang ingin bersarapan pagi sebelum menunaikan solat sunat Raya, apa kata cuba resipi nasi goreng nenas.

Nenas bermanfaat untuk tubuh badan kerana mengandungi vitamin C dan vitaman A. 


Bahan-bahan:


2 sudu besar minyak

2 cawan nasi

1 mangkuk kecil nenas (potong kiub)

1 biji telur

6-7 ekor udang

serbuk lada sulah

1 sudu kecil sos ikan

bawang goreng untuk hiasan

Bahan tumbuk kasar:

4 tangkai cili hijau

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukan bahan tumbuk kasar, tumis hinga wangi, kemudian masukan udang kacau sehingga separuh masak.

Kacau telur, tuang ke dalam kuali dan kacau kemudian masukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan dan nenas. 

Kacau sehingga sebati,angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.

Tags / Kata Kunci: nasi goreng nenas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan