Cucur Udang Kuah Kacang

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KEBIASAANNYA cucur udang merupakan makanan yang digemari ketika minum petang. Lebih-lebih lagi ketika dihidang bersama secawan teh.

Sajian ini juga boleh dihidangkan di pagi Hari Raya Aidilfitri sebelum anda sekeluarga pergi menunaikan solat sunat raya di masjid.


Bahan untuk cucur:

500 gram tepung gandum

1 ikat daun kucai

1 sudu kecil kunyit

1 ulas bawang besar

1 sudu besar air kapur


Bahan untuk kuah:

2 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.

1 senduk cili kisar

1 sudu kecil paste udang kering

3 sudu besar gula melaka

2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan

garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk cucur:

Bancuh tepung dengan air hingga sebati.

Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.

Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.

Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.


Cara-cara untuk kuah:

Cincang bahan bertanda *.

Panaskan 3 sudu besar minyak.

Tumiskan bahan cincang hingga wangi.

Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.

Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih.

Masukkan gula, garam dan tepung jagung. 

Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.

Tags / Kata Kunci: cucur udang kuah kacang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan