suria

Roti Jala

ROTI jala merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia yang berbentuk jala.

Ia merupakan juadah yang sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa terutamanya Hari Raya Aidilfitri.

Ia enak dimakan bersama kuah kari atau gulai ayam atau daging.


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

2 biji telur

1 1/2 cawan air

1 cawan susu cair

6 sudu mentega cair

1 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air.

Elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu.

Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak.

Kiraikan di atas kuali leper. 

Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan.

roti jala

Artikel Berikut

Artikel Lain