Ayam Golek Istimewa Kampung Melayu Subang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

GERAI ayam golek antara yang menjadi tumpuan pengunjung di bazar Ramadan Kampung Melayu Subang.

Menariknya, sajian itu dihasilkan menerusi resipi yang diturunkan oleh ibu kepada anak perempuannya.

Aida Hamzah mengendalikan gerai itu bersama suaminya, Zakaria Abdul Ghani dan dibantu tiga orang anak mereka, Anna, 23, Aziz, 19 dan Mohd Zulkarnain, 13.


Ayam golek milik Aida amat popular di kalangan pengunjung yang ingin menikmatinya untuk berbuka puasa.

"Sepanjang bulan ini, saya boleh menjual kira-kira 100 ekor ayam golek  di bazar Ramadan.

"Pada hari biasa, saya hanya dapat menjual 30 hingga 50 ekor ayam golek sahaja.

"Resipi ayam golek ini sungguh istimewa kerana ia diturunkan oleh emak kepada saya," katanya.

Aida, 40, berkata ia merupakan resipi tradisi keluarga yang diteruskan sehingga sekarang.



"Saya amat gembira melihat keluarga kami menjual juadah ibu saya untuk dinikmati orang ramai.

"Saya percaya keluarga yang berniaga bersama-sama akan kekal lama," katanya.

Beliau menggunakan serai, halia, bawang putih, bawang merah, jintan dan jintan hitam sebagai rempah untuk perapan ayam sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama enam jam.

"Selepas itu, ayam tersebut akan digolek diatas bara api selama sejam sebelum dihidangkan.

"Saya juga menyediakan sos lada hitam dan kuah kacang, resipi yang diperoleh dari arwah ibu saya.

"Sos tersebut melengkapkan lagi rasa ayam golek itu. Sebagai tambahan, nasi kunyit dan nasi kerabu turut dihidangkan bersama dengan ayam golek," katanya.

Seekor ayam golek berharga RM20.

Seorang lagi peniaga, Jamilah Abdul Hamid, 49, berkata beliau menjual kuih tradisional iaitu kuih akok di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.



"Ini adalah tahun kelima saya berniaga di sini dan kuih saya amat popular di kalangan pengunjung.

"Walaupun saya menjual kuih akok di Kampung Subang setiap hari, permintaan lebih tinggi mencecah 800 biji setiap hari," katanya.

Jamilah berkata, kuih tersebut berharga RM0.60 sebiji.

Untuk menyediakan kuih akok, bahan-bahan yang diperlukan adalah telur, santan, tepung gandum, gula perang, daun pandan dan garam yang digaul bersama.

Adunan itu kemudiannya di simpan di dalam peti ais.

Berbeza dengan yang lain, kuih akok Jamilah dibakar di dalam ketuhar selama 10 minit sebelum diangkat.


Kebiasaannya, Jamilah dan suaminya, Mohd Nor akan menjual kuih tersebut di hadapan Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang yang terletak kira-kira satu kilometer dari sini.

"Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menggemari kuih tradisional Kelantan itu. Mungkin ia mengingatkan mereka kepada Kelantan," katanya.


Tags / Kata Kunci: bazar Kampung Melayu Subang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan