Rendang Daging Istimewa

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA ada pulut kuning, mesti ada rendang, baru nampak serasi. 

Bagi yang masih tercari-cari resipi yang mahu dimasak pada pagi Hari Raya Aidilfitri, apa kata cuba resipi rendang daging istimewa ini.

Rasanya pasti memikat selera anda sekeluarga. 

Bahan-bahan:

1 kg daging - potong kecil 

2 pek kecil rempah kurma 

1/4 cawan kerisik 

Santan - 1 biji kelapa 

Garam 

Gula melaka/gula 

½ cawan air asam jawa/1-2 kpg asam

1 kiub ayam knorr - opsyenal

Bahan kisar:

2 labu bawang besar 

5 ulas bawang putih 

5 batang serai 

1 1/2 cm halia 

1 1/2 cm lengkuas 

15-20 biji cili kering

Bahan mayang: 


3 helai daun limau purut 

1 helai daun kunyit

Cara-cara:

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

Rebus daging seketika. Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata. Biarkan 2-3 minit.

Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Masakkan sehingga kuah agak pekat.

Akhir sekali masukkan daun yang dimayang dan dikacau seketika dan boleh tutup api.

Tags / Kata Kunci: rendang daging

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan