suria

Hidangan Tradisi Warisan Budaya Di PICC

Antara hidangan yang ditawarkan pada bufet Ramadan PICC.
BERTEMAKAN 'Hidangan Tradisi Warisan Budaya' Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), buat julung kalinya menyediakan pakej berbuka puasa dengan 200 hidangan tradisi dan warisan Melayu.

Antara hidangan yang bakal mencuri tumpuan adalah Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru dan Sambal Goreng Jawa.

Menariknya, bufet ini menampilkan sajian yang dihidangkan mengikut tema seperti Pembuka Selera, Sup Masyuk Berasap, Gerai Utama PICC, Mangkuk Panas, Kawah Berapi, Sejuk Badan, Kebun Buah Pak Rusmi dan Dahaga.


Tidak ketinggalan juga, pelbagai jenis bubur seperti Bubur Lambuk PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Bubur Pulut Hitam, Pengat Labu, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha dan Bubur Gandum turut boleh dinikmati sebagai pelengkap untuk berbuka puasa.

Bagi penggemar makanan Barat, terdapat hidangan berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne, Linguine, Aglio-Olio beserta sos Bolognese dan Carbonara.

Selain itu, cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang datang ke sini.



Hadiah yang ditawarkan amat lumayan seperti wang tunai RM3,000, TV LED 40 inci, Samsung Galaxy Note 3 dan banyak lagi. 

Para pengunjung juga bakal disajikan dengan nyanyian dari Rosma, bekas peserta Akademi Fantasia sambil menjamu selera. 

Bagi pengunjung yang datang dari jauh atau yang ingin menikmati hidangan hingga lewat malam, pihak PICC turut mengadakan Solat Tarawih  berjemaah di surau yang disediakan.

Pakej ini berharga RM80 untuk dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak yang boleh dinikmati sehingga 25 Julai ini.

Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. 

Buffet akan disajikan bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. 




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biskut Suji

Artikel Lain