suria

Kek Pandan Marble

PADA mulanya, penyediaan kek ini dilihat agak rumit kerana bahan-bahan yang digunakan banyak. Namun, sebenarnya, tekstur kek ini yang lembab menyebabkan ia mudah disediakan.

Selain dihidangkan untuk minum petang, apa kata pada Hari Raya Aidilfitri kali ini, sediakan kek ini untuk dinikmati ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.


Bahan-bahan:

1 cawan (225g) gula kastor

1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak

1 cawan (225g) mentega, salted butter

4 biji telur saiz A

3 sudu besar susu full cream

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar serbuk koko, diayak

2 sudu besar pandan emulco

Cara Penyediaan:

Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik.

Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.

Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. 

Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. 

Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. 

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.

Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.

Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.

Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. Sudukan sehingga adunan habis. 

Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan. Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.

Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.

kek panda marble

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biskut Suji

Artikel Lain