Tauhu Bakar

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KEUNIKAN hidangan tauhu bakar ini terletak pada rasa sosnya, kerana cara penyediaan bahan utamanya hanyalah tauhu yang dibakar.

Sekiranya sos yang disediakan sedap maka sajian tauhu bakar ini juga enak untuk dinikmati.

Menu ini juga akan bertambah enak apabila disajikan bersama hirisan timun dan juga kacang tanah yang ditumbuk kasar.

Bagi anda yang masih terfikir-fikir hidangan yang ingin disediakan pada rumah terbuka Aidilfitri, apa kata cubalah resipi ini. 


Bahan untuk Sos:

1 botol petis udang

3 sudu cili kering (kisar halus)

1 sudu cili api kisar

1/2 cawan gula merah

1 cawan gula pasir

2 sudu kicap pekat

3 cawan air

tepung ubi/jagung 


Bahan untuk tauhu:

Tauhu kering 4 segi 

1 biji timun (hiris halus)

1 batang carrot ( hiris halus)

1/2 biji sengkuang (hiris halus) jika suka

Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di blender kasar.


Cara untuk membuat sos:

Larut kan gula merah dengan sedikit air dan tapis.

Campur kan semua bahan diatas ke dalam periuk kecuali tepung.

Masak hingga mendidih rasa mesti pedas manis.

Tutup api dan masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diingini.



Cara untuk membuat tauhu:

Bakar tauhu diatas kuali/pembakar sehingga garing.

Potong 2 dan sumbat ngan timun,carrot dan sengkuang.

Curahkan sos dan kacang tanah.

Sedia dihidangkan.

Tags / Kata Kunci: tauhu bakar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan