Rempeyek Kacang Hijau

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

HIDANGAN rempeyek memang digemari ramai, malah jualannya juga laris sepanjang masa.

Bagaimanapun, sambutannya lebih hebat  menjelang Aidilfitri. Bagi yang mahu mencuba kebolehan, inilah resipinya.

Bahan:

250 gram kacang hijau direbus sekejap lalu toskan.

300 gram tepung beras

150 gram tepung ubi

1 biji telur

250 ml santan

Bumbu yang dihaluskan

5 bawang putih

7 buah keras

5 helai daun limau buang tulangnya

1/2 cm kunyit

1/2 sdt jintan manis

1 sdt ketumbar

Cara:

Campurkan tepung beras,tepung ubi santan telur dan bumbu halus ,kacau rata. 

Masukan kacang kedalam adunan tepung. Ambil 1 senduk sayur tabur kacang hijau , tuang adunan ditepi kuali yang berisi minyak goreng, lalu goreng hingga rempeyek kuning kecoklatan.


Tags / Kata Kunci: rempeyek kacang hijau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan