suria

Daging BBQ

Daging BBQ
SELALUNYA daging BBQ hanya dilakukan pada majlis keraian ataupun pada waktu saudara mara berkumpul.

Tetapi kadang kala bila dihujung minggu majlis barbeque juga boleh dilakukan ketika bersama keluarga iaitu anak anak dan suami isteri.

Nikmatilah majlis itu dengan resipi yang disediakan ini.


Daging BBQ

Bahan:
1 kilo daging Lembu segar di potong leper - rebus separuh masak
1 sudu makan tepung jagung - dicairkan dengan 1⁄4 cawan air


Bahan perap dan sos:

4 sudu makan sos masam manis
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 1⁄2 sudu makan sos plum
4 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara:

Satukan semua bahan perap di dalam bekas plastik.(diasingkam sedikit untuk dijadikan sos). Campurkan dengan kepingan daging dan perap selama 2 jam didalam bekas dan tutupkan. Panggang di atas bara api hingga masak.
Untuk sos, masak bahan perap dengan campuran tepung jagung hingga mendidih.
Setelah daging masak boleh dihidangkan bersama sos.
Daging BBQ

Artikel Sebelum

Tauhu Bakar

Artikel Berikut

Kuah Lodeh

Artikel Lain