suria

Stew Ayam

Stew Ayam
MENYEDIAKAN hidangan yang lain dari yang lain pada bulan Ramadan ada kalanya boleh menaikkan selera sesiapa sahaja, terutama anak yang baharu belajar berpuasa.

Bagi si ibu pastinya sesuatu yang membanggakan jika juadah yang dihidangkan digemari.

Stew Ayam

Bahan:
500 gm isi ayam - dipotong sederhanan
150 gm kentang - dipotong dadu
150 gm lobak merah - dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 tin kacang peas
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan air sejuk dan 1 sudu besar tepung jagung - dilarutkan
2 kiub pati ayam dan 2 cawan air mendidih - dilarutkan
2 sudu besar mentega
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar cuka
Garam secukupnya

Bahan rempah:

3 sm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 niji buah pelaga
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 sm halia - dikisar

Cara:

Gaulkan ayam dengan bahan kisar dan perap sekejap.Panaskan mentega dalam periuk, tumiskan isi ayam hingga wangi. Masukkan dua cawan air dan larutan kiub pati ayam. Bila mendidih masukkan bahan rempah. Masukkan kentang dan lobak merah. Bila empuk masukkan tomato, kacang peas, bawang besar dan cuka. Kemudian masukkan larutan tepung jagung ke dalam stew.Biarkan sebentar baru angkat.

Stew Ayam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kailan Ikan Masin

Artikel Lain