Iftar Felda D'Saji Sumbang Tabung Makna

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 2:30 AM

Chef Felda D'Saji menunjukkan sebahagian daripada hidangan yang disediakan untuk bufet Ramadan.

(Ubah saiz teks)

SAMBIL menikmati pelbagai hidangan yang disediakan bufet Ramadan Felda D'Saji,pengunjung berpeluang menyumbang RM1  kepada Tabung Majlis Kanser Malaysia (Makna).


Kerjasama antara Felda D'Saji dengan Makna ini menyasarkan sumbangan paling minumum sebanyak RM25,000.

Langkah ini  bagi memberi peluang kepada setiap tetamu menyumbang kepada aktiviti kebajikan pesakit kanser serta program kesedaran orang ramai terhadap pesakit dan penyakit itu.




Lima lokasi untuk individu dan berkumpulan menikmati pakej resipi tradisional adalah, Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab pada harga RM85 seorang berkonsepkan juadah kampung tradisi dan antarabangsa.

Seterusnya Restoran Felda Villa, Jalan Semarak dengan pakej RM69 seorang, berkonsepkan juadah kegemaran ramai dan bazar Ramadan terkenal Lembah Klang, diikuti Menara Kuala Lumpur pada harga RM99++ seorang berkonsepkan  gabungan juadah istimewa D'Saji dan antarabangsa bertemankan pemandangan terbaik Kuala Lumpur.

Turut tersenarai adalah D'Saji Kitchen The Strand, Kota Damansara yang menawarkan pakej RM25 seorang berkonsepkan  makanan kegemaran Melayu dan disulamkan resipi antarabangsa dan terakhir, D'Saji Makkah, Al-Safwa Tower, bermula dari 3 Saudi Riyal (SR) yang menghidangkan pelbagai juadah Malaysia khas untuk tetamu Allah.




Selain itu, empat lokasi dan pakej korporat serta kemuahan berbuka puasa seperti audio visual, tempat letak kereta, surau dan lain-lain termasuk di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada harga RM60 seorang.

Pakej ini juga ditawarkan di Casa Heliconia, Jalan Maktab (RM60 seorang), Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney (RM70 seorang) dan Menara Kuala Lumpur pada harga RM120 seorang.


Tags / Kata Kunci: Felda D'Saji , Makna

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan