Seafood Tiga Rasa

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MASAKAN tiga rasa sebenarnya berasal dari Thailand. Rasa masakan ringkas ini bergantung sepenuhnya kepada kemahiran penggunaan garam dan gula anda.

Resipi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ikan dan makanan laut. Malah, lebih menyelerakan jika ia dihidangkan bersama dengan nasi panas.
 

Bahan-bahan:


2 ekor sotong saiz sederhana - dipotong membulat

20 ekor udang saiz sederhana

200 gm isi kerang

200 gm isi kupang

2 biji bawang besar – dicincang

3 ulas bawang putih – dihiris halus

5 biji cili padi – dicincang

4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang

Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis

2 sudu besar cuka

5 sudu besar sos Thai Maggi

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak


Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali.

Goreng seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.

Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.

Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. 

Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Tags / Kata Kunci: seafood tiga rasa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan