suria

Hotel Armada PJ Tawar Citarasa Tradisi

DENGAN menawarkan lebih 100 hidangan, Hotel Armada Petaling Jaya pasti tidak akan menghampakan anda yang ingin berbuka puasa di sini.

Berita gembira bagi penggemar kerabu, hotel ini turut menyediakan beberapa jenis hidangan pembuka selera ini seperti kerabu sotong, kerabu kacang botol, kerabu mangga dan kerabu soon hoon.


Untuk hidangan utama, beberapa hidangan klasik yang merupakan 'signature dish' seperti Asam Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Gulai Siam dan Ayam Golek disediakan.

Selain itu terdapat juga hidangan Pucuk Paku Masak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Serai, Ikan Sembilang Panggang Berlada , Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak dan Sotong Masak Kunyit untuk dinikmati.

Hidangan pilihan ramai iaitu Siput Sedut Masak Cili Padi juga turut disediakan.


Di sudut pencuci mulut, Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-Cha selain pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan pastri Perancis.

Terdapat juga pelbagai jenis minuman untuk menghilangkan dahaga anda seperti Cincau, Air Kelapa Muda, Air Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.

Bufet bertemakan ‘Citarasa Tradisi Ramadhan Buffet Dinner’ boleh dinikmati sehingga 27 Julai ini.


Ia bermula pada harga RM85 untuk dewasa manakala RM43 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-7954 6888 sambungan 4557 atau layari www.armada.com.my.

Hotel Armada Petaling Jaya

Artikel Sebelum

Kuih Bakar Pandan

Artikel Berikut

Talapia Berserai

Artikel Lain