suria

Nasi Goreng Sardin

JIKA anda masih terfikir-fikir menu ringkas untuk berbuka puasa, mungkin resipi nasi goreng sardin ini dapat membantu anda.

Tambahan pula bagi yang bekerjaya, masa yang terhad menyebabkan menu ini antara yang patut dicuba.

Ia juga sesuai dihidangkan untuk sahur.


Bahan-bahan:

Nasi putih-anggaran 4 orang

2 tin sardin bersaiz besar

2 biji bawang besar dimayang

2 ulas bawang putih dihiris

1 biji lobak merah dipotong nipis dan memanjang

Bahan perasa

Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Ikan sardin dikeluarkan dari tin dan diasingkan dengan sosnya.

Goreng ikan sardin hingga sedikit garing.

Kemudian,carikkan isi ikan sardin tadi dan ketepikan.

Panaskan minyak,tumiskan bawang putih serta bawang besar hingga naik bau.

Masukkan pula sos ikan sardin,sayur campur dan pecahkan sebiji telur dan gaulkan rata.

Masukkan juga bahan perasa serta ikan sardin yang dicarik tadi dan nasi.

Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

nasi goreng sardin

Artikel Sebelum

Talapia Berserai

Artikel Lain