suria

Lebih 100 Pilihan Hidangan Bufet "Citarasa Barakah"

KUANTAN: Lebih 100 pilihan hidangan ditawarkan untuk juadah berbuka puasa di MS Garden Hotel sepanjang bulan Ramadan.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporat dan Pemasarannya, Noor Adzilah Abidin berkata, promosi bufet yang dinamakan "Citarasa Barakah" ditawarakan sehingga 27 Julai ini di Restoran Seri Suria dengan menu berbeza pada setiap hari selama seminggu.

Antara hidangan tempatan dan tradisional yang disediakan oleh eksekutif chef Asmadi Kassim termasuk Nasi Arab, Kambing Panggang, Steambot, Dim Sum, Bubur Lambuk Pak Ali dan Nasi Kukus.

"Harga bufet kami pada RM80 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak. Sesi bufet bermula dari pukul 7 petang sehingga 10.30 malam setiap hari," katanya.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi 09-511 8888 ext 8516/8518. 

MS Garden Hotel

Artikel Sebelum

Telur Puyuh Masak Halia

Artikel Berikut

Artikel Lain