Ole-Ole Ramadan De Palma Ampang Hidang Selera Kampung

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 1:30 AM

(Ubah saiz teks)

TEMA 'Ole-Ole Ramadan - Citarasa Malaysia' disajikan Hotel De Palma Ampang sepanjang bulan puasa ini menerusi pelbagai hidangan selera kampung.

Hasil air tangan dua chef hotel ini, iaitu Chef Azri Abdul Manaf dan Chef Hamzani Che Husain ini pasti dinantikan pengunjung setia hotel yang mengutamakan kualiti ini.

Antara lauk pauk yang dihidangkan seperti siput sedut masak lemak cili api, nasi briyani De Palma bersama kismis dan gajus, kari kepala ikan, sambal udang galah petai, ulam kampung bersama sambal belacan dan tempoyak.



Sudut pembuka selera pula tidak melupakan aneka sup berasaskan daging lembu,  kambing, perut, hati ayam, kaki ayam dan tulang tunjang.

Juga dihidangkan pelbagai jenis laksa seperti asam laksa, laksa Johor, nyonya kari laksa, selain yong tau fum khar kuey teow, rojak mamak , roti canai bersama kuah kari.



Semuanya ditawarkan pada harga RM89 untuk dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak.

Bagi meraikan bulan mulia ini dengan lebih bermakna, Hotel De Palma Ampang juga menyediakan pakej istimewa bagi pelanggan yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Tambah menarik apabila hotel ini juga menerima tempahan bubur lambuk untuk diagihkan ke masjid dan rumah kebajikan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan