suria

Udang Sos Brokoli

Udang Sos Brokoli
HIDANGAN yang seimbang memang wajar disediakan pada bulan puasa ini, sesuai selepas separuh hari menahan lapar dan dahaga.

Kalau dalam peti sejuk ada udang dan brokoli, apa kata digabung keduanya menjadi juadah berbuka yang enak.


Udang Sos Brokoli

Bahan A:

400 gm brokoli
6 ekor udang harimau

Bahan B:

1 cawan air rebusan udang
5 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
separuh kiub ayam
1 sudu makan tepung jagung

Cara:

Brokoli direbus separuh masak bersama 1 sudu minyak masak kemudian tos. Rebus udang dengan air sebanyak 1 cawan sehingga mendidih kemudian masukkan semua bahan B kecuali tepung jagung. Kacau seketika kemudian baru masukkan tepung jagung. Masak dengan api perlahan, susunkan brokoli bersama udang atas pinggan, kemudian tuang bahan B ke atasnya. Sedia dihidangkan.
Udang Sos Brokoli

Artikel Sebelum

Kuih Talam Ubi Kayu

Artikel Berikut

Artikel Lain