Set Buka Puasa Serendah RM22.50 Di Tappers Cafe

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

RESTORAN berkonsepkan kopitiam, Tappers Cafe menawarkan set berbuka puasa pada harga serendah RM22.50++.


Bagi yang inginkan kesederhanaan, set berbuka puasa berkenaan pastinya berbaloi untuk wang anda.
 
Pelanggan hanya perlu memilih mana-mana satu hidangan utama dalam menu ala carte sedia ada iaitu Vegetarian, Hainanese West, Tappers East, Tappers West atau Pasta.

Antara hidangan signature Tappers Cafe yang ditawarkan dalam set berbuka puasa ini adalah Tappers Hainanese Chicken Chop, Chicken Parmigiana dan Carbonara.



Set itu turut disajikan bersama segelas air, tiga biji kurma dan tiga ketul krim puff coklat.

Terdapat empat jenis air yang boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan iaitu air lemon madu, teh lemon, jus lemon dan Goo Leng Ping atau lebih dikenali sebagai sirap bandung.

Istimewanya, Tappers Cafe turut menawarkan sajian Vegetarian kepada penggemar makanan tersebut seperti Penne Cream of Broccoli, Spaghetti Olio Mushrooms, Spaghetti Cream Sause, Spaghetti Tomato Sause, Mixed Mushrooms Sandwich dan Foccacia Vegetarian Sandwich.




Selain itu, menu pencuci mulut terbaharu yang patut dicuba adalah pisang goreng dengan ais krim, affogato dan scone berkrim bersama jem strawberi.

Bagi yang inginkan sajian ala Melayu, kafe ini turut menyediakan nasi ayam masak merah, nasi lemak Tappers, nasi sambal udang, nasi gulai ayam dan laksa Johor.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila layari www.tapers.com.my atau email enquiry@tappers.com.my bagi mendapatkan senarai cawangan kafe yang menyediakan tawaran berbuka puasa ini.

Tags / Kata Kunci: Tappers Cafe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan