Bazar Ramadan Taman Cempaka Tumpuan Ramai Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 2:00 AM

Burung Puyuh Goreng Berempah antara tarikan di bazar Ramadan Taman Cempaka, Melaka Sentral.

(Ubah saiz teks)

KATANYA bazar Ramadan Taman Cempaka, berhampiran Melaka Sentral sentiasa meriah sepanjang bulan puasa. Mungkin juga kerana lokasinya yang strategik.

Ia dibuka seawal pukul 3 petang setiap hari berlanjutan sehingga selepas waktu berbuka puasa.


  

Jika di Kuala Lumpur, bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan Kampung Baru  sentiasa menjadi tumpuan orang ramai, di negeri Hang Tuah ini Taman Cempaka antara yang popular untuk mencari pelbagai jenis juadah berbuka puasa.

Malah, ada yang menganggap tidak sempurna jika tidak menjejakkan kaki di bazar itu jika berkesempatan berkunjung di Melaka pada bulan puasa.

Memang ada pelbagai jenis hidangan dijual di situ, apa yang menarik perhatian ialah adanya gerai menjual burung puyuh goreng berempah.






Harganya pula berpatutan iaitu RM3.50 seekor dan RM10 untuk tiga ekor, sesuai untuk keluarga besar.

Selepas diperap dengan rempah ratus khusus, ia digoreng dalam minyak panas dan terhidanglah menu yang menyelerakan dan paling digemari kerana rangup kerana digoreng garing.

Selain itu, pelbagai jenis lauk-pauk masakan tradisional, kuih muih, minuman panas dan sejuk dijual sepanjang satu kilometer tapak bazar disediakan setiap tahun.


Antara juadah menarik yang dijual adalah nasi ayam, nasi beriani, ayam percik, nasi lemak ayam berempah, murtabak, rojak, kuih-muih dan ikan bakar.

Di kawasan sama, selepas waktu berbuka puasa, akan dipenuhi peniaga yang menjual pelbagai barangan terutama untuk kegunaan di Hari Raya.

Tags / Kata Kunci: Taman Cempaka , Melaka Sentral

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan