suria

The Nomad Bistro Imbau Nostalgia Ramadan

Ayam Percik antara hidangan menyelerakan Ramadan Nostalgia di The Nomad Bistro.

IFTAR di The Nomad SuCasa All-Suite Hotel mengimbau kenangan silam apabila memilih tema Ramadan Nostalgia untuk promosi bufetnya yang akan berlangsung sehingga minggu terakhir bulan ini.


Lebih 70 hidangan menyelerakan boleh dinikmati bersama sahabat dan keluarga tersayang seperti daging rendang cili padi, ayam gulai kesum, rendang aam kampung, ketam goreng berempah, udang gulai drat dan ayam lemak nangka muda.

Tidak ketinggalan premis ini turut menyediakan gerai khusus untuk menu istimewa dan diminati ramai iaitu kambing panggang berempah, satay dan ikan bakar.

Pasti lengkap berbuka puasa jika turut disajikan dengan teh tarik atau kopi tarik, selain pembuka selera dan pencuci mulut warisan seperti ubi rebus kelapa muda, kuih lipat pisang, pengat durian, apam manis tepung beras, tapai pulut, dodol, wajik, kurma madu dan banyak lagi.




Apa lagi, jika menunya menarik perhatian dan sememangnya dicari, berkunjunglah ke The Nomad Bistro untuk berbuka puasa nanti.

Hanya RM70 untuk dewasa, RM35 bagi kanak-kanak serta warga emas, bufet Ramadan Nostalgia disediakan sehingga  26 Julai ini bermula jam 6:30 petang hingga 10:30 malam.

Tambah menarik lagi, ia juga menawarkan potongan harga bagi yang membuat tempahan awal serta tempahan berkumpulan yang diberikan dalam masa terhad dan berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Bertempat di Ampang, The Nomad Bistro yang terletak bersebelahan kolam renang, tentu sekali sesuai untuk sesiapa yang ingin merasai keenakan masakan barat dan Asia.

 

Artikel Berikut

Artikel Lain