Sotong Goreng Cili Padi

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SOTONG yang dibeli segar memang sedap dimasak goreng cili padi.

Isinya pasti pejal dan manis berbanding sotong yang dah lama.

Selain enak diratah begitu saja atau dimakan bersama nasi putih, ia resipi yang ringkas dan mudah disediakan untuk menu berbuka puasa.


Bahan-bahan:


300 gm sotong (saiz sederhana)

15 ml minyak masak

30 tangkai cili padi – ditumbuk

1 sm kunyit hidup – ditumbuk

2 ulas bawang merah - ditumbuk

2 labu bawang besar – dihiris

2 tangkai cili merah – dihiris

20 gm asam jawa – dibancuh bersama air

20 gm gula

Garam secukup rasa

Cara-cara:

Bersihkan sotong dan ketepikan buat seketika.

Sementara itu, panaskan minyak dan tumis cili padi, kunyit hidup dan bawang merah yang telah ditumbuk.

Apabila tumisan naik bau, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.

Kemudian, masukkan sotong, air asam jawa, gula dan garam.

Kacau rata kesemua bahan.

Biarkan sehingga sotong masak.

Tags / Kata Kunci: sotong goreng cili padi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan