Sajian Melayu Tradisional Di Dorsett Regency

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:30 AM

Hidangan Bufet Ramadan Dapur-Dapur Malaysia di Dorsett Regency Kuala Lumpur

(Ubah saiz teks)

RAIKAN saat indah berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai di Checkers Cafe, Dorsett Regency Kuala Lumpur yang menyajikan hidangan istimewa Melayu tradisional.


Bertemakan 'Dapur-Dapur Malaysia', bufet yang ditawarkan terdiri daripada sajian yang popular dari pelbagai negeri.

Istimewanya di sini, anda dapat menikmati pasembor Padang Kota, kerabu perut bersantan, percik burung puyuh dan ayam dara serta gulai ikan talang masin.

Bagi yang gemarkan hidangan pedas, menu udang goreng bersambal, lidah goreng cili padi, hati goreng sambal dan rendang Kuala Kangsar sudah pasti menjadi tumpuan.



Malah, terdapat juga hidangan Jepun untuk mereka yang inginkan kelainan.

Melangkah ke sudut pencucui mulut, pengunjung dijamukan dengan pelbagai seleksi kuih tradisional Melayu dan Nyonya.

Antaranya seperti goreng pisang, cempedak labu dan goreng bermadu selain ais kacang atau cendol.




Beberapa hidangan pencuci mulut yang dihidangkan,  hanya dihasilkan menggunakan gula khas yang mengandungi kalori yang rendah.

Restoran ini turut memperkenalkan menu istimewa iaitu sup rusa, kambing kuzi, daging ala Arab dan kambing panggang.

Daging rusa itu direneh selama beberapa jam dan direbus dengan rempah ratus berkualiti tinggi, menjadikan rasa tekstur dagingnya lembut dan mengeluarkan aroma sup yang wangi.

Eksekutif Chefnya, KK Yau merupakan individu yang bertungkus-lumus menyediakan hidangan istimewa sempena Ramadan ini bersama-sama dengan anak buahnya.

Promosi bufet Ramadan 'Dapur-Dapur Malaysia' berharga RM90 setiap seorang dan boleh dinikmati sehingga 28 Julai ini.

Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi Checkers Cafe di 03-27161000 sambungan 188 atau kunjungi laman web www.dorsettregency.com/kualalumpur.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan