suria

Kuih Kaswi

KUIH Kaswi adalah manisan yang ringkas dan sedap rasanya. 

Pada Ramadan ini, kuih kaswi antara yang menjadi pilihan ramai sebagai sajian pencuci mulut.

Kuih yang lembut, kenyal, berlemak, manis dan cukup segala rasa memang melengkapkan menu berbuka puasa anda.


Bahan A:

1 1/2 cwn gula merah

1/2 cwn gula pasir

1 cawan air

2 helai daun pandan

* satukan semua bahan dan masak diatas api dan jadikan dua cawan air gula. 


Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi

3 cawan air

2 sudu besar air kapur


Bahan C:


Kelapa parut dan sedikit garam digaul bersama.


Cara-cara:

Masak bahan A sehingga menjadi 2 cawan air gula.

Sebatikan bahan B, kacau rata dengan senduk.

Satukan bahan A dan bahan B. Kacau rata dan tapis.

Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil.

Kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak.

Biar sejuk dan barulah dipotong. Gaul dengan kelapa parut.


kuih kaswi

Artikel Sebelum

Salad Berhias

Artikel Berikut

Artikel Lain