KADANG-kala kita buntu memikirkan sayur yang cepat dimasak, mudah disediakan dan yang pentingnya sedap. Jika ada kacang panjang di dalam peti ais, apa kata cuba resipi ini. Mungkin sajian ini mampu memikat hati anak anda yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Bahan bahan: 1 ikat kacang panjang 4 ulas bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 biji telur 1 biji cili merah Garam Gula Sos tiram - jika suka Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau rata. Masukkan kacang panjang dan garam serta gula. Kacau rata sehingga kacang agak lembut, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api.