suria

Roti Gulung Goreng

SEPANJANG Ramadan, ada kalanya bekalan roti di rumah tidak diusik kerana masing-masing lebih gemar menikmati lauk pauk dan nasi.

Bagaimanapun, roti itu boleh juga dijadikan pembuka selera jika ia digoreng dengan inti daging atau sardin.

Bahan-bahan:

1 buku roti potong

150 gm daging kisar

Halia sebesar ibu jari - ditumbuk

Bawang besar - dipotong persegi halus

3 ulas bawang putih - ditumbuk 

Lada sulah sedikit

1 biji telur untuk melekatkan roti

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng




Cara menyediakan:

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga garing. Masukkan daging dan bawang besar, garam, lada sulah. 

Gaulkan dan biarkan hingga kuning dan masak.

Roti dipotong dua setiap keping dan dibuang tepinya. Sapukan telur di tepinya, masukkan inti dan gulungkannya. Buat hingga habis.

Panaskan minyak kemudian goreng roti ini hingga masak kemudian boleh dihidangkan.

roti gulung goreng

Artikel Sebelum

Udang Kari

Artikel Berikut

Nasi Ayam

Artikel Lain