Kuih Bakar Durian

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 12:30 AM

Kuih bakar durian.

(Ubah saiz teks)

MEMANDANGKAN sekarang musim durian, sudah tentu terdapat lebihan isi durian yang telah dikupas dan disimpan di dalam peti sejuk.

Apa kata gunakan lebihan isi durian itu untuk membuat kuih bakar durian.

Ia boleh dijadikan hidangan pencuci muka selepas mengakhiri hidangan berbuka puasa anda.


Bahan-bahan:

250 gm isi durian

1700 ml santan (600ml santan kotak + 1100ml air)

600 gm tepung gandum

400 gm gula pasir

6 biji telur

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil pewarna kuning


Cara menyediakan:

Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata.

Tuang pula adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.

Tuang semula adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.

Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 180 °C.

Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu.

Bakar selama 45 min atau hingga masak.

Tags / Kata Kunci: kuib bakar durian

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan