suria

Hati Ayam Goreng Berempah Kurma

Hati ayam goreng berempah kurma.
KEBIASAANNYA, hati ayam goreng lebih mudah dan sedap dinikmati bersama nasi panas. 

Tetapi, apa kata untuk menu berbuka puasa kali ini, tukar sedikit selera anda dengan mencuba resipi hati ayam goreng berempah kurma.

Ia pastinya tidak mengecewakan anda seisi keluarga.


Bahan-bahan:

1/2 kilo hati ayam 

3 sudu besr serbuk rempah kurma (jenama adabi)

1/4 cawan air
 
Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit perasa 

Sedikit serbuk lada hitam 

Sedikit perahan limau kasturi

Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Bersihkan hati ayam. Perap sekejap dengan air perahan limau kasturi. Basuh bersih dan toskan.

Gaul hati yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak. Kemudian masukkan hati ayam. Masak sehingga hati ayam garing. Bila dah garing angkat.

Gaul serbuk rempah kurma dengan sedikit air. Masukkan ke dalam minya yang berbaki tadi. Kacau rata.

Biar rempah kurma masak seketika dan terbit minyak.

Bila dah terbit minyak tuang sedikit garam serbuk lada hitam serta sedikit perasa.

Masukkan hati yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Bila  rempah dah sebati dengan hati, tutup api.

Perahkan air limau kasturi dan kacau rata lagi.

Angkat dan sedia dihidangkan.

Artikel Sebelum

Udang Kari

Artikel Berikut

Nasi Ayam

Artikel Lain