Sambal Belacan Mempelam Muda

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

RASANYA tidak lengkap sepinggan nasi putih tanpa sambal belacan. Sambal belacan adalah pembangkit selera ketika makan. 

Malah sambal belacan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang digoreng, ada yang diperah limau nipis.

Untuk membangkitkan selera anda selepas penat berpuasa seharian, apa kata cuba resipi sambal mempelam muda ini.


Bahan-bahan:

150 gram isi mempelam muda - dicincang

40 gram cili padi 

300 gram belacan 

80 gram bawang merah 

1/2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil gula halus


Cara menyediakan:

Tumbuk halus cili padi, belacan dan bawang merah. Masukkan garam dan gula. Tumbuk lagi.

Campurkan kesemua bahan tumbuk tadi hingga sekata. Barulah dimasukkan isi mempelam yang telah dicincang.

Kacau lagi hingga sekata. Bolehlah dihidangkan.

Tags / Kata Kunci: sambal belacan mempelam muda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan