Ubah Selera Berbuka Dengan Sajian Nusantara

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAJIAN autentik nusantara mungkin menjadi hidangan berbuka yang mampu mengubah selera dan citarasa tekak anda di bulan Ramadan.

Enak dan mempunyai keunikannya tersendiri, juadah berbuka dari negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara Mediterranean lain ini boleh dinikmati di Myra Bistro, Hotel M Suites, Johor Bahru.

Menawarkan lebih 100 hidangan, tema Ramadan Nusantara membolehkan orang ramai bertukar-tukar selera dengan enam set menu yang diselang-seli setiap hari sepanjang bulan ramadan.

Andai sudah tiba di sana, jangan sesekali melepaskan peluang menikmati sajian seperti nasi beriani Moghul, rendang ayam Minang, yong tau fu, teppanyaki, ikan bakar dan ketam masak lada hitam.



Ketam masak lada hitam.

Hidangan wajib cuba pula tentulah kambing bakar dan sate yang disediakan setiap hari kerana sering mendapat sambutan ramai.

Menjadikan suasana berbuka lebih menarik apabila sajian ini ditawarkan dengan berkonsepkan gerai.

Satu bufet percuma akan diberikan bagi setiap 10 orang yang datang secara berkumpulan.

Tags / Kata Kunci: ramadan Nusantara , jom berbuka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan