Menu Iftar Asia Barat Di Restoran Marhaba

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 2:30 AM

Dekorasi eksklusif Restoran Marhaba yang memberi keselesaan kepada pengunjung.

(Ubah saiz teks)

SENTUHAN moden kontemporari, selain dekorasi eksklusif di Restoran Marhaba, ibarat mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang ingin menikmati hidangan Asia Barat seperti nasi mandi dan roti mulawah.


Istimewa sempena Ramadan ini, ia menawarkan hidangan bufet berbuka puasa pada harga RM80 untuk dewasa, manakala RM40 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

Bagi yang pertama kali datang ke sini, anda pasti tertarik dengan roti mulawah (roti Arab) yang boleh dinikmati oleh tiga orang.


                


Roti yang diperbuat menggunakan jintan hitam itu rangup dan lebih menyelerakan apabila ia dicicah dengan gulai kambing atau sambal udang yang disediakan menggunakan ramuan rempah-ratus asli diimport dari Yemen.

Menurut Pengarahnya, Zamriwalikram Abd Ghani, restoran tersebut menyediakan lebih 100 menu Yemen yang dijamin kualiti dan keenakan makanan di samping harga yang berpatutan.

"Jika dulu pengunjungnya terdiri daripada warga Arab, tetapi kini keadaannya berbeza apabila semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat tempatan," katanya.

Beliau berkata, restoran itu popular dengan hidangan nasi mandi kambing hanith, di mana daging tersebut akan disalut dengan rempah-ratus dan direbus terlebih dahulu sebelum dibakar di dalam sebuah bekas tanah.

Selain itu, terdapat juga hidangan nasi mandi ayam, ikan panggang, udang panggang, hati kambing goreng dan pelbagai jenis pencuci mulut seperti salad hijau, tabbouleh, fatoush dan tomato dengan keju.

Zamriwalikram berkata, restoran tersebut boleh memuatkan lebih 120 pelanggan pada satu masa, di samping ruang makan tertutup bagi mereka yang inginkan privasi.

Terbaharu, Restoran Marhaba membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid, Subang Jaya selepas sambutan menggalakkan di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 03-6207 8222/9222, 03-7451 6183 atau e-mel ke info@marhabarestaurant.com.my.


Tags / Kata Kunci: Publika , Marhaba

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan