Udang Harimau Goreng Nestum

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 2:30 AM

Udang Harimau Goreng Nestum

(Ubah saiz teks)

SESETENGAH orang alah kepada makanan laut terutama udang dan sotong tetapi itu jugalah makanan yang paling digemari.


Bagi yang sukakan udang, kita gabungkan hidangan mudah menggunakan bijirin, suatu kelainan dalam menyediakan juadah.


Udang Harimau Goreng Nestum

Bahan:
1/2 kg udang harimau
8 sudu majerin
minyak masak
2 cili padi dihiris
2 helai daun pandan
1 cawan nestum
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Bersihkan udang dan toskan. Panaskan minyak kemudian goreng udang dengan kulit hingga kekuningan dan ketepikan. Cairkan majerin dalam periuk kemudian masukkan daun pandan  bersama cili padi dan kiub ayam, garam dan gula. Bila sebati masukkan nestum dan udang dan kacau sebentar sebelum siap dihidangkan.

Tags / Kata Kunci: Udang Harimau Goreng Nestum

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan