Citarasa Bazar Ramadan Di Teh Tarik Place

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 12:30 AM

Nasi Ambeng Istimewa Teh Tarik Place.

(Ubah saiz teks)

TEH Tarik Place tidak ketinggalan menyediakan bufet buka puasa bertemakan Citarasa Bazar Ramadan pada harga berpatutan sepanjang Ramadan ini.

Dihiasi dekorasi yang berkonsepkan mamak konvensional, Teh Tarik Place adalah lokasi yang tepat bagi mereka yang inginkan suasana bazar Ramadan yang tenang tanpa perlu bersesak-sesak.

Menu sempena Ramadan itu yang terdiri daripada Roti John, Sup Tulang bersama nasi dan telur dadar, Bihun Sup Tulang dan Mee Udang, menjanjikan kelazatan yang tiada tandingan.

Roti John, hidangan Citarasa Bazar Ramadan di Teh Tarik Place.


Selain itu, Teh Tarik Place menyediakan menu istimewa iaitu Nasi Hujan Panas untuk dinikmati pengunjung.

Nasi tersebut dimasak bersama minyak sapi dan herba itu, enak dimakan bersama tender Ayam Masak Merah atau kari daging dan acar.

Terdapat juga hidangan klasik seperti Murtabak, Nasi Lemak Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu dan sajian pilihan ramai di restoran itu iaitu Nasi Ambeng, Nasi Goreng Ayam TTP, Mi Goreng Mamak dan Mi Rebus.


Sup tulang.

Setiap hidangan disajikan bersama kurma dan semangkuk bubur.

Untuk anda yang ingin berbuka puasa di Teh Tarik Place, sila layari laman web, http://www.tehtarikplace.my atau Facebook: https://www.facebook.com/tehtarikplace untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Sepanjang Ramadan ini, dua cawangan Teh Tarik Place di Ayer@7, Putrajaya dan Pusat Membeli-belah Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi akan beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 pagi manakala sembilan lagi beroperasi seperti biasa dari 5 petang hingga 8 malam.

Tags / Kata Kunci: Teh Tarik Palace , Ramadan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan