Nasi Ambeng

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 2:00 AM

Nasi Ambeng Riverstone

(Ubah saiz teks)

SEGO Ambeng @ Nasi Ambeng merupakan menu istimewa masyarakan jawa Malaysia dan disajikan dalam majlis tertentu seperti kenduri kesyukuran dan kenduri arwah. 

Untuk hidangan dimajlis kenduri arwah biasanya akan terdapat “Gebeng” iaitu sambal kelapa muda yang dihiris agak nipis bersamanya. Menelusuri peredaran masa, tradisi menyertakan gebeng didalam Sego Ambeng kian dilupakan.

Keunikan sego ambeng adalah pada cara sajiannya. Dihidangkan di dalam dulang yang dialaskan dengan daun pisang dengan nasi yang dibentuk cantik dan tebal.

Manakala lauk pauk juga dilapik dengan daun pisang dan diletakkan diatas nasi. Semasa dihidangkan di dalam majlis sego ambeng tidak dimakan disitu, sebaliknya hanya dijamah dan akan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai “berkat” dan dimakan seiisi rumah.

Pada asasnya, lauk pauk sego ambeng terdiri dari, serunding kelapa, mee goreng, sambal goreng, sayur kacang, ikan masin dan ayam semur.

Tradisi ambengan ini masih banyak dilakukan oleh masyarakat jawa masa kini, cuma bungkusannya telah diubah kepada bungkusan plastik untuk memudahkan tetamu membawanya pulang. Bagi yang berminat untuk menyediakannya sendiri, cubalah resipi sumbangan Riverstone Resort ini.


a.  Ayam Semur

1 ekor ayam dibelah dua memanjang

8 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

2 biji bawang besar – di hiris

2 inci halia

2 inci kayu manis

3 kuntum bunga lawang

2 cawan air

½ cawan kicap lemak manis

½ cawan minyak masak

2 sudu lada sulah

Sekeping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara:

Bawang putih dan halia dimayang halus, bawang besar di hilis agak tebal. Tumis bahan-bahan yang dimayang tadi.  Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan ayam biarkan ayam mendidih seketika, tambahkan air, asam keping, kicap lemak manis dan lada sulah. Tambahkan gula dan garam secukup rasa dan hirisan bawang besar dan biarkan sehingga masak.


b. Serunding Kelapa

1 biji kelapa parut

4 sudu ketumbar

1/2 sudu jintan putih

1/2 sudu jintan manis

2 batang serai

2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

4 sudu udang kering

4 sudu minyak masak

1⁄2 sudu garam

5 sudu gula putih

2 sudu gula merah

1⁄2 sudu kunyit

1 sudu asam jawa – dibancuh dgn sedikit air dan diambil airnya.


Cara:

Ketumbar, bawang putih, bawang merah, udang kering dikisar halus. Serai dimayang halus. Gaulkan semua bahan-bahan dengan kelapa parut sehingga sebati. Panaskan minyak dan goreng serunding sehingga masak. Lebih kurang 1 jam dengan api sederhana dan sentiasa menggaulkannya supaya tidak hangus.


c. Sambal Goreng

4 keping tauhu

2 keping tempe

1 keping fucuk (tauhu kering)

200 gm soohon

300 gm udang basah

100 gm udang kering

1/3 cawan kicap manis

2 sudu kicap pekat

Gula dan garam

2 cawan minyak masak untuk menumis dan menggoreng

5 biji cili merah

2 biji cili hijau

1⁄2 cawan air

5 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

1 inci halia – dihiris halus

Sedikit air asam jawa


Cara :
Tauhu dan tempe digoreng dan dipotong 1⁄2 inci. Fucuk dan suun direndam dengan air. Udang kering ditumbuk halus. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus. Cili merah dan cili hijau dihiris. Tumis bahan-bahan yang dimayang. Masukkan udang kering dan udang. Tambahkan air, air asam jawa dan kicap manis. Masukkan cili, suun dan fucuk. Tambahkan gula, dan garam. Masukkan tauhu dan tempe, gaul rata. Biarkan seketika dan diangkat.


d. Mee Goreng

3 keping mee kering

2 sudu udang kering

1/2 biji lobak merah

1⁄4 biji kobis

3 sudu cili kisar

2 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

3 sudu minyak masak

2 sudu sos tiram

1 sudu kicap manis

Gula dan garam

1⁄2 cawan air

Cara :
Rendam mee kering sehingga lembut. Boleh juga dicelur dengan air panas. Kobis dan lobak merah di potong halus, udang kering ditumbuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering, setelah wangi tambahkan cili kisar. Tumis cili kisar sehingga wangi dan masukkan sos tiram, kicap dan air. Masukkan karet, kobis dan tambahkan air. Akhir sekali masukkan mee yang telah ditoskan, dan tambahkan 
gula dan garam, gaul rata.


e. Sayur Kacang Panjang

1⁄2 kg kacang panjang

2 biji cili merah

1 sudu udang kering

1 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

Gula dan garam

3 sudu minyak masak

Cara:
Bawang putih, bawang merah dan cili dimayang, udang kering ditumbuk. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk, setelah wangi masukkan kacang panjang, tambahkan gula dan garam, biarkan seketika.


f. Ikan Masin Bulu Ayam
Ikan masin dibasuh, gaulkan dengan sedikit tepung dan digoreng sehingga kekuningan. Ikan akan menjadi rangup apabila dicampurkan dengan tepung.



Tags / Kata Kunci: Nasi Ambeng

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan