suria

Bufet BBQ Istimewa Di Ming Garden Hotel & Residences

Kelihatan dua orang chef sedang menyediakan hidangan BBQ.
BAGI anda yang masih tercari-cari lokasi berbuka puasa di pantai timur Sabah, Ming Garden Hotel & Residences yang terletak di Jalan Coastal, Kota Kinabalu memperkenalkan promosi bufet BBQ istimewa sehingga 27 Julai sempena Ramadan ini.

Promosi itu berharga RM89 untuk dewasa manakala RM44.50 untuk kanak-kanak.

Menariknya mengenai promosi tersebut, anda juga berpeluang berbuka sambil beramal pada bulan yang mulia ini.

Setiap RM2 yang akan belanjakan untuk berbuka puasa di sini akan didermakan kepada golongan kurang bernasib baik di Rumah Anak-Anak Yatim As-Sakinah di Papar, Sabah.

Ketam masak merah.


Selain itu, hotel tersebut turut membuka empat bazar di luar hotel untuk anda rasai suasana seperti membeli juadah di bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai hidangan menyelerakan.

Antara hidangan signature hotel tersebut yang tidak harus dilepaskan adalah Nasi Beriyani, Nasi Goreng Kampung, Kari Kambing, Rendang Tok, Nangka Masak Lemak Ikan Masin, Udang Mentega, Tempe Sambal Petai dan Gado-Gado.

Oleh kerana Sabah yang terkenal dengan makanan laut yang segar, hotel tersebut turut menyediakan pelbagai jenis makanan laut untuk dinikmati pelanggan.

Udang segar turut disediakan untuk penggemar makanan laut.


Pasti tidak lengkap menu berbuka puasa anda tanpa pencuci mulut. 

Di hotel ini, anda boleh menikmati pelbagai pilihan kuih tradisional seperti kuih wajid, kuih puteri mandi, pulut panggang, kuih koci dan kuih bingka jagung.

Hidangan tersebut mula disediakan bermula pukul 6 petang sehingga 10 malam.

Untuk sebarang maklumat dan tempahan sila hubungi 088-528 888 (Ext 6611) atau layari www.minggardenhotel.com.

Artikel Sebelum

Bubur Pulut Hitam

Artikel Berikut

Pecel Mbah Wedok

Artikel Lain