Ayam Panggang

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 1:30 AM

Ayam Panggang

(Ubah saiz teks)

AYAM, daging dan ikan bakar atau panggang adalah masakan yang  digemari rakyat Malaysia, malahan sering disediakan pada waktu malam.


Namun di bulan Ramadan, juadah ini boleh dikatakan senang diperoleh di bazar Ramadan, tetapi tidak salah jika kita mencuba sendiri resipi ini kerana hasilnya memang berbaloi.


Ayam Bakar/Panggang

Bahan:
1 Ekor ayam - dipotong dan dibersihkan.

Bahan A (Dikisar)
3-4 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Halia Sebesar ibu jari
3 batang serai
2 ketul lengkuas sebesar ibu jari
1 kuntum bunga kantan
10 helai daun kesom
10 batang lada kering
4 helai daun limau purut
Kunyit hidup sebesar ibu jari
2 sudu ketumbar 
1 sudu jintan 
sedikit belacan 

Bahan 'A' perlu dikisar dan masukkan tiga sudu minyak masak ketika mengisar.

Bahan 'B'
1 senduk sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan 'C' 
Daun pisang atau aluminium foil 

Cara:
Bahan kisar dimasukkan ke kuali, kemudian panaskan dengan sedikit minyak. Masukkan ayam dan biar hingga agak kering. Masukkan sos cili. 
Ambil daun pisang atau aluminium foil dan masukkan ayam tadi dan balut sebelum dipanggang atas kuali tidak melekat. Tutup kuali dan masak dengan api kecil antara 15 hingga 25 minit.

 

Tags / Kata Kunci: Ayam Panggang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan