suria

Pecel Mbah Wedok

Pecel Mboh Wedok.
PEMBUKA selera yang tepat untuk sesiapa yang gemarkan sayur-sayuran dan kuah kacang. 

Sememangnya pecal suatu hidangan yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja dan boleh dimakan berulang.

Pecel Mbah Wedok

Bahan Kuah Pecel:

1 kg kacang tanah – digoreng dan ditumbuk halus

300 gm cili kering
2 inci belacan
10 biji isi kencur @ cekur
10 ulas bawang putih
5 labu bawang merah
1 sudu asam jawa
Gula dan garam
1/2 cawan minyak masak

Cara :
Goreng cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah. Tumbuk halus bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaulkan dengan kacang tanah bersama asam jawa, gula dan garam serta isi kencur @ cekur yang telah ditumbuk halus. Bancuh dengan menggunakan air panas untuk dihidangkan.

Sayur-sayuran:

200 gm kacang panjang – direbus dan dipotong 2 inci panjang
3 keping tauhu – digoreng dan dipotong dadu
200gm taugeh – dicelur
1 biji timun – disagat
1/3 biji sengkuang – disagat
1 ikat pucuk ubi – dicelur


Disediakan oleh: Riverstone Resort

Pecel Mbah Wedok

Artikel Sebelum

Udang Buttermilk

Artikel Berikut

Sotong Masam Manis

Artikel Lain