suria

Sajian Istimewa Di Flavors

Chef Mohd Firdaus menunjukkan hidangan yang disediakan di Flavors. - foto SAMUEL ONG/The Star
FLAVORS di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur menyediakan lebih 50 hidangan tradisional dan antarabangsa setiap hari untuk dinikmati sepanjang Ramadan ini.

Chef Mohd Firdaus yang pakar dalam masakan Melayu berkata, mereka menggabungkan tujuh menu berbeza yang akan ditukar setiap malam.

Mohd Firdaus yang mengetuai dapur Flavors itu mahu pelanggan menikmati hidangan tradisi dan antarabangsa pada harga yang lumayan.

Antara menu air tangan beliau adalah kari kepala ikan Salmon, ayam goreng serai dan rendang daging.

Ayam goreng serai. - foto SAMUEL ONG/The Star

"Kebanyakan sajian Melayu yang disediakan di sini adalah dari resipi keluarga," katanya.

Hidangan pembuka selera seperti kerabu seafood, rojak buah, keropok ikan, salad couscous, serunding ayam dan ulam-ulaman turut disediakan.

Bagi penggemar makanan Timur Tengah, pada tahun ini, Flavors menawarkan sajikan kegemaran ramai iaitu nasi briyani, kambing keema, hummus dan roti pita.

Pelanggan juga boleh mencuba roti boom yang disediakan oleh chef terkenal Flavors.

Untuk hidangan pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati pisang goreng, cucur udang, dodol, tapai ubi, kuih bahulu dan Blueberry cheesecake dan ais kacang.

Promosi bufet berharga RM85 untuk dewasa manakala RM40 untuk kanak-kanak yang mula dibuka kepada pelanggan dari pukul 6.30 petang hingga 11 malam setiap hari.
Flavors, Swiss Garden Hotel, Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Spageti

Artikel Lain