Acar Kulit Tembikai Pembuka Selera Warisan Cafe

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 3:00 AM

Warisan Cafe menjanjikan hidangan yang memenuhi citarasa ramai sepanjang Ramadan ini.

(Ubah saiz teks)

SEMPENA Ramadan kali ini, Warisan Cafe di Hotel Royale Chulan cuba menampilkan kelainan dan tahun ini, acar kulit tembikai yang jarang ditemui dihidangkan khas untuk penggemar masakan Melayu.

Bagi generasi baharu, mungkin mereka tidak pernah merasai sajian tersebut dan apa kata kali ini berkunjung ke kafe ini untuk mencuba keenakan juadah itu.

Jika anda ingin merasa sendiri bagaimana uniknya rasa acar berkenaan, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di hotel terkemuka ini.

Selain itu, Warisan Cafe juga memperkenalkan hidangan sup istimewa, sup gear box yang menggunakan rempah ratus asli Melayu.

Tanpa menyisihkan hidangan kambing bakar yang menjadi sajian wajib hotel tersebut setiap tahun, terdapat juga aneka puding, kuih-muih seperti badak berendam dan bubur cha cha citrawarna sebagai pencuci mulut.

Meletakkan hidangan tradisional Melayu sebagai suatu kemestian setiap bulan puasa, penggemar masakan seperti nasi ulam, kuih bahulu wajar menjadikannya sebagai salah satu lokasi berbuka anda.



Menurut Chef Nizam Samsee, konsep warung pula menyajikan kira-kira 1,000 juadah tradisional Melayu yang merangkumi hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut yang mengundang selera pengunjung.

Restoran berkenaan juga menyediakan ais batu campur yang mempunyai kira-kira 150 jenis bahan yang boleh dicampur bersama hidangan sejuk itu termasuk aneka kacang dan tapai.

Selain itu, terdapat antara lima hingga 10 jenis nasi yang akan dihidangkan setiap hari seperti nasi kerabu dan nasi hujan panas.






Tags / Kata Kunci: Warisan Cafe , Hotel Royale Chulan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan