MyDulang Di OldTown White Coffee - Jamu Selera | mStar

MyDulang Di OldTown White Coffee

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 12:02 AM

Set MyDulang@ OldTown White Coffee.

(Ubah saiz teks)

OLDTOWN White Coffee menawarkan set hidangan MyDulang@ OldTown untuk anda nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan pada Ramadan ini.

Menekankan konsep tradisional, set hidangan itu disajikan di atas dulang kayu.

Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan sedia dinikmati seisi keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.

MyDulang direka untuk memberi inspirasi kepada anda untuk menghayati detik-detik indah berbuka puasa bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan.

Terdapat tiga jenis hidangan yang disediakan iaitu Rendang Ayam, Randang Daging dan Ayam Masak Merah yang masing-masing berharga RM19.90 untuk setiap set dulang individu dan RM39.90 untuk set keluarga.

Setiap set dihidangkan bersama sate ayam, keropok lekor, kacang panjang rebus, kangkung sambal Hae Bee, nasi kunyit dan belacan cili.

Pengunjung juga boleh memilih minuman antara Rose Nata Selasih, OldTown White Coffee atau OldTown Teh Tarik.

Bagi hidangan pencuci mulut pula, OldTown Ais Kacang dengan sirap Ros atau Ais Kacang dengan gula melaka turut disediakan.

Promosi tersebut boleh didapati bermula pukul 11 pagi setiap hari sehingga 31 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: MyDulang , OldTown White Coffee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan