Gulai Batang Pisang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 2:30 AM

Gulai Batang Pisang

(Ubah saiz teks)

JIKA  sebelum ini kita hanya sekadar membeli di bazar Ramadan sahaja gulai batang pisang, mungkin kerana kelazatan atau keunikan bahannya boleh membuatkan kita cukup berselera ketika berbuka puasa dengan juadah itu.


Kali ini kita cuba resipi dari utara ini untuk dinikmati bersama keluarga.

Gulai Batang Pisang


Bahan:
1⁄2 kg daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1⁄2 kg umbut batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam 
air untuk mengelakkan ia jadi lebam kemudian toskan dan lumurkan dengan kunyit untuk untuk 
mengelakkan dari menjadi hitam. ( umbut pisang awak atau pisang hutan lebih enak dibuat gulai)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kesrisik
1 paket kecil rempah kari daging
3 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:

1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging. Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk. Masukkan garam dan masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan. Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya tidak perlu pekat.

Tags / Kata Kunci: Gulai Batang Pisang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan