Sayur Butter

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 1:30 AM

(Ubah saiz teks)

HIDANGAN berasaskan sayur-sayuran selalunya bukan menjadi pilihan utama kanak-kanak. 

Bagaimanapun, bagi yang ingin cuba menambat hati mereka, apa kata sediakan juadah hasil air tangan Azwaliza Azman ini. 

Penyampai berita Buletin Utama TV3 ini sentiasa cuba untuk memastikan anaknya, Abd Aaron Khaliq Abd Kadir, 3 mendapat nutrisi secukupnya. 

Bahan-bahan:

Jagung Muda
Kacang Peas
Lobak Merah
Cendawan Butang
Bawang Putih
Halia
Mentega
Garam
Lada Hitam

Caranya:

Masukkan 2 sudu mentega di kuali yang sederhana panas..kemudian masukkan bawang putih telah dicincang dan halia yang di potong halus. Setelah seminit, masukkan semua sayur yang telah dipotong ke dalam kuali.

Kemudian masukkan air setengah cawan. Biarkan sayur berkenaan selama 2 minit atau sehingga air bumbu semakin pekat.

Masukkan garam & lada hitam yang telah dikisar secukup rasa dan siap untuk dihidang.


Tags / Kata Kunci: Ramadan , sayur butter

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan