Cucur Udang

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 2:00 AM

Cucur Udang

(Ubah saiz teks)

BAGI sesetengah orang, cucur udang tidak perlukan resipi untuk disediakan kerana hanya campurkan semua bahan yang diinginkan dan digoreng. 


Tetapi jangan pula lupa, ada juga yang tidak tahu langsung cara menyediakan sebarang kuih atau juadah, walaupun semudah cucur udang. 

Jadi, untuk tatapan pihak yang berkenaan sahaja, mStar Ramadan paparkan resipi cucur udang yang sesuai untuk hidangan pembuka selera. Ia lebih enak jika dimakan bersama sos cili, kuah kacang, kari atau sambal tumis.


Cucur Udang


Bahan:

600gm tepung gandum

300gm udang bersih ( sederhana besar)

50 gm taugeh

700-750 ml air

sedikit garam

*air dan garam disatukan*

1 biji telur

Sedikit serbuk kunyit

7 ke 10 tangkai tangkai daun kucai

minyak masak

Cara:
Udang dan taugeh dibersihkan terlebih dahulu. Daun kucai dipotong I inci panjang. Taugeh dibuang kulit hitam dan ekornya. Satukan tepung gandum, serbuk kunyit dan telur ke dalam mangkuk adunan. Masukkan taugeh, udang, dan daun kucai. Gaulkan sehingga rata. Tuangkan air dan kacaukan sehingga adunan itu menjadi sebati. Panaskan minyak masak dalam kuali Kemudian gunakan senduk untuk menyenduk adunan dan masukkan ke dalam minyak untuk dipanaskan seketika. Setelah senduk panas anda bolehlah sendukkan adunan tepung dan pastikan ada udang diatas adunan ataupun anda letakkan udang diatas adunan tepung sebelum digoreng. Goreng kuih cucur udang ini sehingga tanggal dari senduk. Biarkan ianya kelihatan kekuningan kemudian alihkan sebelum diangkat. 



Tags / Kata Kunci: Cucur Udang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan