Ikan Cencaru Sumbat

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 2:00 AM

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

(Ubah saiz teks)

KETIKA di asrama dulu, ia dinamakan ikan jaket walaupun nama sebenar cencaru. Semuanya kerana kulitnya yang keras.

Selain dimasak taucu, ia juga sedap jika disumbat dengan sambal atau sambal kelapa dan pasti menyelerakan untuk berbuka nanti. Masakan ini juga dikenali sebagai ikan belah belakang.

Bagi yang bekerja, sambal boleh disediakan lebih awal, manakala ikan disiang dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi tentu sekali mudah untuk menggoreng sebaik pulang kerja.


Ikan Cencaru Sumbat

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit

Inti:
1 cawan kelapa parut 
2 biji cili merah - dibuang biji dan ditumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar- tumbuk
2 sudu pati asam jawa
gula
belacan
garam 

Cara:
Kelapa parut, cili dan bawang perlu ditumbuk. Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati. Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru. Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Tags / Kata Kunci: Ikan Cencaru Sumbat

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan