Isi Kabong Sumber Rezeki Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Buah kabong atau buah nau, dihasilkan daripada pokok yang tumbuh secara meliar di kawasan hutan namun ia mempunyai keistimewaan pada isinya yang sedap dan lembut untuk dicampur dalam masakan atau minuman.

Bagi penduduk di daerah ini, isi buah tersebut sememangnya akan dicari dalam bulan Ramadan ini. Pokoknya jenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan rimba terutama di kawasan berbukit namun bagi mereka yang mahir mengasingkan isi daripada kulitnya, mereka mampu meraih pendapatan lumayan terutama di bulan Ramadan.

Untuk mendapatkan isi buah kabong terlalu sukar kerana kulitnya mempunyai getah yang gatal jika terkena pada kulit tangan atau badan. Bagi mereka yang berkemahiran untuk mendapatkan isinya, mereka terlebih dahulu merebus atau membakar buah kabong bagi memudahkan isinya diambil.

Di Kampung Rambong, Batu 7 di sini, warga emas Siti Aminah Alang Tengah, 64, gigih mengusahakan jualan isi buah kabong yang siap diproses.

Dalam usia sedemikian, Siti Aminah gigih mengusahakan perusahaan buah hutan itu walaupun terpaksa meminta bantuan anak-anaknya untuk mengambil buah kabong di dalam hutan.

Siti Aminah berkata bagi proses merebus buah kabong, dia melakukannya sendirian tanpa bantuan sesiapa kerana anak-anaknya tidak berminat.

Katanya sebelum isinya dapat diasingkan daripada kulitnya, buah kabong terlebih dahulu direbus sekurang-kurangnya tiga jam bagi menghilangkan getah yang menyebabkan gatal jika terkena kulit badan.

Selepas isinya diasingkan, ia perlu direndam dalam air bersih bercampur daun buluh selama tiga hari bagi memastikan isi buah kabong menjadi putih jernih, hilang gatalnya dan sedap dimakan.

"Susah juga nak usahakan isi buah kabong, walaupun sedap dimakan tetapi kalau tak kena caranya isi buah kabong akan gatal bila dimakan," katanya.

Warga emas ini mampu menghasilkan lebih 150 kilogram isi buah kabong untuk dijual kepada peraih pada bulan Ramadan.

Seorang peraih isi buah kabong di sini, Mohd Yusof Rejab, 50, berkata permintaan isi buah kabong terlalu tinggi terutama di bulan puasa kerana keenakannya tetapi kini sukar untuk mengusahakan perusahaan itu kerana pokok kabong semakin pupus akibat penerokaan hutan serta tiada usaha dibuat bagi menyelamatkan pokok liar ini daripada pupus akibat pembalakan dan penerokaan hutan.

Isi buah kabong dijual pada harga RM5 bagi 100 gram.


Tags / Kata Kunci: Buah Kabong

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan