Tepung Bungkus

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 2:30 AM

Tepung bungkus

(Ubah saiz teks)

KUIH tradisional ini popular di kampung, terutamanya dalam kalangan orang tua kerana rasanya yang menyelerakan.

Bagi menyiapkannya, ia memerlukan ketabahan, kesabaran serta ketelitian, namun ianya cukup berbaloi untuk dicuba.

Tepung Bungkus

Bahan-bahan (inti):
1 biji kelapa - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Cara:
Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan. Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga agak pekat.Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.

*Inti kuih memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai. Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun dicampur dengan tepung. Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen.

Bahan pembalut inti:
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut 
Air secukupnya

Cara:
Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.


Bahan untuk badan kuih:
1 1⁄2 cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan

Cara:
Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.Masukkan garam dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.


Cara untuk membentuk kuih :
Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih. Sendukkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik. Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. Bungkus dengan kemas.
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika  nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.

Tags / Kata Kunci: Tepung Bungkus

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan