suria

Selera Tempatan & Antarabangsa Di PNB Darby Park

Aneka makanan laut antara hidangan berbuka puasa di The 39 Restaurant.

PETALING JAYA: PNB Darby Park Executive Suites memperkenalkan cita rasa tempatan dan antarabangsa di dua restorannya iaitu The 39 Restaurant dan juga 10Binjai sepanjang bulan Ramadan ini.

Penolong Pengurus Komunikasi Pemasarannya iaitu Rizahuddin Sohari berkata, gabungan dua cita rasa itu adalah diinsipirasikan daripada resipi terpilih cef-cef pusat penginapan berkenaan.

Kami percaya dengan memperkenalkan resipi-resipi turun temurun hasil air tangan cef-cef kami, ia sudah tentu mampu menggamit selera orang ramai menikmati juadah berbuka puasa,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan di sini.

mStar Default Image
Pengurus Besar PNB Darby Park Executive Suites, Ismail Hisham Ahmad Zamri (tengah) bersama cef-cefnya iaitu Azri Mat (kiri) dan Ashar Daud semasa pelancaran menu berbuka puasa di dua restoran pusat penginapan itu baru-baru ini.

Rizahuddin berkata, The 39 Restaurant yang terletak di tingkat 39 PNB Darby Park antara lokasi yang unik bagi mereka yang sukakan suasana pemandangan Kuala Lumpur sambil berbuka puasa.

Katanya,  antara juadah yang menjadi kegemaran setiap tahun di restoran berkenaan ialah  kari kepala ikan dan ‘roti benggali’ serta hidangan makanan lain antaranya   Rosemary dan Mint, aneka makanan laut dan ikan bakar, tiram dan kepah bersama air asam, nasi beriyani, ikan siakap tiga rasa dan asparagus belacan.

Turut dihidangkan ialah yong tau foo, rendang tok, udang sambal petai, ayam masak lemak nangka, asam pedas ikan tenggiri  dan aneka pencuci mulut.

Restoran 10Binjai yang terletak di tinggat bawah pula menghidangkan pelbagai menu cita rasa tempatan seperti sup ‘gear box’, ayam masak merah bermadu, udang galah dan ayam golek percik, ketam masak lemak cili api, patin tempoyak, shawarma kambing, banana kataifi  dan lompat tikam.

Hidangan kambing panggang yang menyelerakan.

Harga bersih bufet Ramadan di The 39 Restaurant ialah RM115 bagi dewasa manakala kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun ialah RM57.50.

Sementara 10Binjai pula mengenakan harga RM100 seorang dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak.

Apa yang lebih menarik, restoran di PNB Darby Park Executive Suites yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur ini merupakan antara restoran yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tahun 2007.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh melayari www.pnbdarbypark.com atau hubungi 03-74903443.
PNB Darby Park

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lala Cili Bermadu

Artikel Lain