suria

Hati Ayam Masak Kicap Berempah

Hati Ayam Kicap Berempah.
KEBIASAANNYA hati ayam hanya dihidangkan secara ringkas sama ada digoreng atau ditambah dengan cili dan bawang bagi menambah rasa enak.

Bagaimanapun cara masakan hati ayam sebenarnya boleh dipelbagaikan yang boleh menaikkan selera terutamanya pada bulan Ramadan.

Resepi daripada Lokman Abdul Rahman iaitu Hati Ayam Masak Kicap Berempah cukup menyelerakan dan jangan lupa mencuba!

Bahan-bahannya:

Hati ayam
Rempah
Ketumbar biji
Jintan manis
Jintan putih
Lada hitam
Lada putih

(Bahan perap)

Halia
Bawang merah
Bawang putih
Kicap manis

(Rempah tumis 4 sekawan)

Bawang merah
Cili mesin
Gula merah
Santan
Garam

Daun bawang
Daun sup
Daun ketumbar
Cili merah
Cili hijau

Cara memasak:

Hati ayam dicuci sehingga bersih.

Hati yang telah bersih diperap dengan serbuk kunyit dan garam serta digoreng separuh masak.

Rempah digoreng tanpa minyak sehingga naik bau dan dimesin halus bersama dengan bahan perap.

Perap hati layam yang digoreng separuh masak dengan bahan kisar dan kicap manis selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan - pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang.

Tumis bawang merah sehingga naik bau dan masukkan cili mesin sehingga agak garing.

Masukkan hati  ayam dengan semua bahan yang diperap sama.

Biarkan masak - ulang gaul bahan semasa memasak.

Bila hampir masak masukkan gula merah sedikit dan kacau hingga sebati.

Masukkan garam.

Masukkan cili merah, cili hijau, daun ketumbar, daun bawang dan daun sup, kacau rata dan boleh dihidang.

Artikel Sebelum

Salad Buah-Buahan

Artikel Berikut

Tepung Bungkus

Artikel Lain