suria

Nikmati Raja Buah Di Eastin Hotel PJ

SELEPAS mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu, Eastin Hotel Petaling Jaya (PJ) menawarkan bufet makan durian di Swez Brasserie, Ramadan ini.

Kebiasaannya, durian atau lebih dikenali sebagai raja buah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam hotel tetapi Eksekutif Chefnya, Alex Leong berkata, pengunjung boleh menikmatinya keenakkan buah itu di hotel tersebut.

"Selain menyajikan buah durian yang dikupas segar ketika waktu berbuka puasa, terdapat sembilan jenis pencuci mulut berasaskan durian akan disediakan di kawasan kolam renang yang terletak di tingkat dua hotel itu.

Lemang enak dimakan bersama serunding.

Antaranya adalah Kek Keju Durian, Cream Puff Durian, Creme Brulee Durian, Swiss Roll Durian dan Bubur Durian.

Selain durian, bufet Ramadan di hotel ini yang bertemakan 1001 Rasa Selera Kampung menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan.

Bagi penggemar salad apa kata cubalah hidangan ala Thai, Laap Pla Duk atau Salad Ikan Keli ala Thai.

Salad ikan keli ala Thai.

Leong berkata, selain ulam-ulam kampung dan jelata harian atau lebih dikenali sebagai acar mentah, pengunjung juga harus mencuba hidangan Som Tam (salad betik) dan Larb Ghai (salad ayam pedas Thai).

Lemang dan ketupat daun palas juga tidak boleh dilepaskan, enak dimakan bersama serunding.

Chef Mohamed Hamedy Yaacob, 35, yang pakar dalam hidangan ala kampung berkata, bufet Ramadan pada kali ini menawarkan sajian dari pelbagai negeri.

Antara yang dijangka mencuri tumpuan adalah Sup Ekor Lembu Pulau Pinang dan Sup Ekor Utara.

"Sebab itulah bufet ini bertemakan 1001 Rasa Selera Kampung," katanya.

Hidangan pencuci mulut.

Leong turut mengesyorkan agar para pengunjung mencuba sajian popular, Daging Salai Bercili Pedas, Sotong Sumbat Pulut Bersama Sos Santan dan Ikan Patin Masak Tempoyak Sungai Koyan.

Terdapat pelbagai pilihan Sate Percik untuk dinikmati termasuk Sate Ayam Percik, Sate Daging Percik dan Sate Kambing Percik.

Promosi bufet bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10 malam dari 29 Jun hingga 27 Julai berharga RM98 untuk dewasa manakala RM49 untuk kanak-kanak pada minggu pertama Ramadan.

Pada minggu kedua sehingga hari terakhir Ramadan, harga bermula dari RM110 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran 'beli 10 percuma 1' sepanjang promosi itu.

Ramadan, Eastin Hotel PJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

S'Mores

Artikel Lain