suria

300 Juadah Ramadan Di Paya Serai

Antara hidangan yang disajikan di Paya Serai sepanjang Ramadan ini.
BERSAHUR dan berbuka puasa di Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya sememangnya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana 300 jenis juadah disajikan setiap hari untuk pelanggan.

Eksekutif Chef Ridzuan Malek yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang kulinari akan mengetuai pasukan tersebut dalam menyediakan hidangan istimewa yang popular di negeri Melaka, Pulau Pinang, Perak, Kedan dan Johor.

"Pada Ramadan kali ini, kami amat mementingkan keaslian hidangan dalam penyediaan bufet ini.

"Kami juga ingin membawa pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman istimewa menikmati 300 juadah yang disediakan," katanya.

Chef Ridzuan Malek.

Ridzuan berkata, antara sajian Melayu klasik yang ditawarkan adalah kerabu daging panggang, kerabu gamat, kari kepala ikan, rendang tok, ikan bakar Melaka, kambing panggang stail Melayu, serawa durian dan apam balik.

Bagi hidangan untuk bersahur, katanya, pelanggan akan disajikan dengan salad, pastri, bijirin sarapan dan pelbagai masakan tempatan yang boleh didapati bermula pukul 3 hingga 5 pagi setiap hari.

Kambing panggang turut boleh dinikmati pada Ramadan ini.


Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati keenakan durian sebagai hidangan pencuci mulut yang disediakan di luar hotel setiap malam sepanjang Ramadan.

"Raja buah itu akan dikupas pada waktu berbuka puasa bagi menjamin kesegarannya," katanya.

Malah Ridzuan berkata, bekas berisi air akan turut disediakan untuk memudahkan mereka yang ingin minum air putih yang diisi dalam kulit durian bagi menghilangkan kepanasan mengikut petua nenek moyang kita.

Antara hidangan pencuci mulut. 

Promosi hidangan menarik ini boleh dinikmati pada harga RM 119 untuk dewasa bagi tiga hari pertama bermula 28 Jun ini dan lima hari terakhir Ramadan.

Bermula 1 hingga 22 Julai, promosi berharga RM139 untuk dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi 03-7955 9122 ext 4260/4261 atau layari www.petaling-jaya.hilton.com. 













Ramadan, paya serai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain